Terdapat pelbagai persoalan disitu kerana mengikut teori sains, mimpi adalah
satu mekanisma seperti screensaver yang terdapat di komputer kita sambil ilmu & memori kita sedang disusun seperti disusun dalam sebuah almari file. Masyarakat hanya menganggap mimpi itu suatu mainan tidur. Ini kerana bagi mereka mimpi ini adalah suatu imbasan yang terhasil dari memori kita yang dalam proses penyusunan.
Walaupun begitu, terdapat juga sebilangan orang percaya bahawa mimpi dapat memberi petunjuk atas petanda yang diberi seperti mimpi tentang banjir menunjukkan kita akan dilimpahi rezeki. Terdapat juga kes-kes dimana seseorang itu mengalami mimpi yang sama setiap hari & beberapa hari selepas itu terjadi insiden tersebut.
Mimpi mampu memberi keseronokan seperti bersama orang tersayang & mimpi yang lebih dikenali sebagai "wet dream". Terdapat juga mimpi yang membawa rasa gelisah & takut iaitu mimpi ngeri. Kebanyakan masyarakat lebih menganggap mimpi ngeri adalah mainan tidur & mimpi seperti rumah terbakar atau banjir membawa maksud & petanda.
Jadi, benarkah mimpi yang anda alami itu mainan tidur atau mimpi yang memberi petanda untuk hidup anda?
slalunya bila mimpi, bangun pastu dah tak ingat.hahahha
ReplyDeletehahaha... mmg betul kita slalu lupe ape yg kite mimpi... in fact, kita sebenarnya ada 4 mimpi dalam 1 malam tu... percaya x... hehe
ReplyDeletemmg pecayer...setahu sy, penah jer byk mimpi dlm satu mlm mksud dia mimpi dlm mimpi...pelik2
ReplyDeletecouple days ago i mimpi ngeri kena culik tp dpt lepas. :)
ReplyDeleteentah, susah nak ckp benda ni. as long benda x baek berlaku, im fine with it..