Sehari Anda Login, RM0.50 Anda Dapat ^^

Join us now =)

Join us now =)
Got a friend who uses Facebook and Twitter? Invite them and earn RM 1 for every friend who joins and shares a campaign.

Saturday, December 18, 2010

Comic Fiesta 2010


Comic Fiesta adalah convention tentang komik... Dalam fiesta ni terdapat cosplay, jualan barang2 yang popular di manga (komik jepun) & macam2 lagi... Comic fiesta diadakan pada tarikh 18 hingga 19 Disember 2010...

Hari ni aku pergi ke comic fiesta di Berjaya Times Square, Manhattan Ballroom... mula2 datang je TS (Times Square) aku & kawan aku jadi sesat sebab tak tau kat mana tempatnya...
Cari punya cari tak jumpa jugak... last2 terjumpa sekumpulan perempuan yang buat cosplay... jadi kitorang ikut je dari belakang (macam stalker rasanya hehe :P)... ikut sampai la kat lobi Berjaya West Hotel... punya la lama tunggu kat lobi tu, aku pon tanya la receptionist... patut la tak jumpa, rupa2 nya tempat tu kat tingkat 14 hotel tu...

Keluar je dari lif memang da nampak orang ramai & cosplayer (orang yang buat cosplay) jalan2 kat hallway... memang ramai even tempat dia macam susah nak cari... kat luar ballroom tempat fiesta tu memang banyak cosplayer yang pegang macam2 watak dalam komik & anime (animasi jepun). Ramai berseronok tangkap gambar dengan cosplayer2...








Sambil kat luar tu aku pun ambil peluang gak nak bergambar dengan cosplayer (hehe :P)




Alang2 da datang situ, aku pun nak masuk la tapi rupa2 nya kena ada pas masuk dulu & boleh beli kat kaunter dengan harga RM15 tuk 1 hari... Kat dalam, memang sesak & banyak tentang barang2 tentang manga & anime macam topeng hollow dan pedang Ichigo dalam Bleach, sarung tangan dalam Hitman Reborn, Topeng  Anbu dalam Naruto, figure character dalam anime & macam lagi^^






haha ni topi kucing bebulu lebat (RM75)... klakar betol rupa aku haha
Walaupun nama dia comic fiesta... tapi tak banyak benda tentang komik tapi lebih kepada jualan watak2 dalam komik except komik novel grafik dari gempakstarz & 1 booth yang jual manga... aku serius tak puas hari ni sebab pergi fiesta tu dari pukul 3 petang... kalau nak puas kena datang pagi2 (-__-")

Well... sampai sini saja aku berceloteh... haha memang panjang entri aku hari ni :P... terima kasih banyak2 sebab sudi membaca entri ni sampai habis... Sekian^^


1 comment:

  1. oit.. ika pun pegi gak laaa... huhuh.. tgk ni... http://iekapelik.blogspot.com/2010/12/comic-fiesta-2010.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails