Alhamdulillah, sedar tak sedar da lengkap hari puasa ke-20. Lengkap tak puasa kalian sampai sekarang??? hehe... Kalau lengkap Alhamdulillah tahniah saya ucapkan =). Hari ni saya nak ceritakan peristiwa yang menyeronokkan bagi saya dengan berbuka puasa bersama 1 kumpulan rakan sepembelajaran kat Pangkalan Chepa...
Hari ni hari isnin di mana saya memang sibuk dengan kelas yang pack & tambah2 lagi ada test LAW pada tengah hari tu. Dengan mula2 nya ada masalah transport untuk 2 jejaka terakhir dalam kumpulan( saya & kawan saya, Aman), tapi dapat diselesaikan bila Aman dapat minta tumpang dengan kawan dia yang kebetulan nak pergi Kota Bharu. Budak2 perempuan semua dah set nak gerak pada pukul 5petang tapi kami terpaksa bergerak pukul 4petang sebab kawan Aman nak pergi awal. Jadi selepas kelas kami berdua bersama kawan Aman pun bergerak pergi KB Mall. Kat sana, kami jalan2 & beli sikit barang sambil tunggu kawan Aman beli barang2 yang mereka nak beli. Lepas pukul 6.30petang, kami pun gerak pergi Pangkalan Chepa & singgah dulu kat airport sambil tunggu azan Maghrib. Lepas semua orang siap2 selesaikan solat Maghrib, kami semua bergerak ke tempat kami nak berbuka.
Ni la tempat kami berbuka, Food Village kat Pangkalan Chepa mana sana kami makan Chim Chum. Tak ingat la berapa harga 1 orang tapi agak2 dalam RM20 (mula2 diorang kata RM12 je) tapi kita boleh makan berapa banyak kita nak.
Habis kami letak barang2 kat dalam tu sampai tak muat dah nak letak. Sambil kita masak sendiri, sambil kita makan. Memang seronok la makan macam ni, tambah2 lagi makan dengan rakan sekelas yang sampai 4 meja kena booking untuk kita orang saje. Tapi kena hati2 bila ambik makanan banyak2 sebab makanan yang tak dapat nak masak lagi pun kena charge jugak. Lepas puas dengan sesi kenyangkan perut & sesi bergambar, kami pon mula la berpecah sebab ada yang nak balik & ada yang nak jalan2 lagi. Kami jejaka berdua terpaksa tunggu kawan Aman ambik dulu pastu kami singgah jalan2 kat Wakaf Che Yeh. Memang sesak kat situ dengan bazaar Ramadhan, kami pun tengok2 je la kedai2 kat situ & singgah McD kejap sebab Aman kempunan McFlurry hehe... 10.50malam dah jam kat tangan & kami pun bergerak balik ke Machang. dengan kepuasan di hati. Memang seronokkan kalau kita berbuka puasa ramai2... Macam yang selalu kita dengar " Lagi ramai, Lagi meriah" =)
giler best makan, aku pon nk gak makan camtu... haha
ReplyDeleteMH x dpt komen pd cbox sebab terlindung dek widget. Banner ambik ruang besar sangat, jd kami masukkan hakimu90 dlm bloglist je. Baik check apa lagi yg terhalang dek widget tu.. Sekadar komen..
ReplyDeleteNanti kita buat sama tahun ni.
ReplyDelete